Assalamualaikum....
Rasanya masih tidak terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk rakan yang mengenali kami...
nak kongsi sikit boleh...
Hari Raya Aidilfitri ( di dalam bahasa Arab : عيد الفطر 'Ayd al-Fitr "perayaan fitrah" ) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam.
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah swt atas nikmatnya yang tidak terhingga sehingga kita dapat menyelesaikan Ibadah Puasa dan seterusnya Menyambut Hari Raya Idul Fitri dengan penuh kenikmatan dan rasa syukur kepada Nya.
Mudah-mudahan puasa kita dan segala amal ibadat semuanya diterima oleh Allah swt dengan sempurna dengan mendapat fadhilat ramadhan dan diampuni segala dosa-dosa yang telah dilakukan.
Kita mengharapkan semoga hikmah puasa tersebut memberi kesan dan mendidik menjadi hamba yang bertaqwa seperti mana yang dinyatakan dalam Firman Allah swt :
يآ أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (Al- Baqarah 183)
Diantara ciri-ciri orang yang bertaqwa itu ialah menjadikan Al-quran sebagai petunjuk dalam seluruh dasar dan cara hidup. Taqwa dengan maksud mentaati segala suruhan yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan meninggalkan segala larangan-laranganNya. Dan beramal dengan apa yang telah ditetapkanNya, bukan mengambil hukum yang selain daripada Al-quran.
Firman Allah swt :
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". (Al- Baqarah 138)
Berkata ibnu Qayyim :
وأما التقوى فحقيقتها العمل بطاعة الله إيماناً واحتسابا ، أمراً ونهياً ، فيفعل ما أمر الله به إيماناً بالأمر وتصديقاً بوعده ، ويترك ما نهى الله عنه إيماناً بالنهى وخوفا من وعيده
Taqwa pada hakikatnya ialah mentaati perintah Allah swt dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan akan segala suruhan dan laranganNya. Melakukan apa yang telah ditetapkan itu dengan penuh keimanan dan meyakini akan janji-janji Allah kepada hamba-hambanya, tanpa merasa ragu-ragu akan suruhanNya. Dan meninggalkan apa yang dilarang itu dengan penuh kepercayaan dan merasa bimbang akan balasan Allah swt.
Aidilfitri apabila diterjemahkan membawa maksud (kembali kepada fitrah) menunjukkan perayaan yang kita sambut ini memberi makna yang luas ertinya. Selepas kita membersihkan diri di bulan Ramadhan dengan pelbagai ibadat, membaca al-Quran, sedekah, qiamullail dan sebagainya. Maka apabila berakhirnya Ramadhan umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, dengan maksud kembali kepada asal fitrah dijadikan manusia, sebagaimana bayi yang baru di lahirkan dalam keadaan fitrah, suci dari segala perkara-perkara maksiat.
Aidilfitri ini adalah suatu anugerah dari Allah swt kepada orang-orang yang beriman, selepas sebulan kita mengerjakan ibadah Puasa, dengan pelbagai ujian yang ditempuhi. Maka tibalah masa untuk kita meraikan hari kemengan ini. Justeru itu bagi mereka yang masih dalam keadaan berpaling dari ajaran Allah swt, tidak menghiraukan akan hukum Allah swt, seolah-olah tidak ada erti perayaan buat mereka.
Oleh itu, marilah kita menilai diri masing-masing, adakah selepas sebulan berpuasa menjadikan kita hamba yang betul-betul bertaqwa dan menambahkan lagi keimanan, kesedaran kita kepada Allah swt !! Atau kita masih melakukan maksiat, berjudi, meminum arak, memakan riba, membuka aurat dan melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah swt.
Jika kita masih berada dalam keadaan yang sama, menunjukkan puasa kita masih tidak mencapai tujuan dan hikmahnya. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, yang penting istiqamah dalam setiap amalan kita, selalu memohon ampun pada Nya. Insya' Allah mudah-mudahan membawa kejayaan dunia akhirat.
Akhirnya, marilah sama-sama kita meraikan hari Kemengan ini dengan penuh kegembiraan, rasa syukur kepada Allah swt, atas nikmat yang telah dikurniakan, nikmat kesihatan, rezeki yang melimpah dan banyak lagi, jikalau kita menghitungnya tidak dapat di bandingkan. Firman Allah swt :
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. (Ibrahim 34)
Disamping itu, tidak lupa untuk kita bermaaf-maafan diantara satu sama lain, bermula dari keluarga, saudara-mara, teman-teman dan sekalian kaum muslimin. Saling menziarahi, memberi hadiah dan sebagainya. Sabda Nabi saw :
تهادوا تحابوا
Saling memberi hadiahlah nescaya akan terbit kasih sayang. (HR Bukhari)
Jika terdapat perselisihan dan pertelingkahan, saling bermaafanlah, dan untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Firman Allah swt :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat 10)
Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang itu ialah dia kasih kepada saudara seagamanya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasululullah saw :
لا يُؤْمِنُ أحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأخِيْهِ مَا يُحِبُّ لنَفْسِه
Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih pada dirinya sendiri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri ( kullu am waantum bikhair )
sumber :sawadhanas
Saturday, 25 July 2015
SENYUM ITU SEDEKAH PALING MUDAH ( tak perlu guna modal yang tingg)
Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit. Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?” Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar). Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi). Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi). Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim). Mungkin kita sering berfikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang langsung boleh dinikmati penerima dalam bentuk barangan. Hal itu juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya. Kerana itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil. Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah). Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana.” Wallahu alam
sumber: Republika
#Sk
#SabariahKadir
Salam Perkenalan
Assallamualaikum.....
Coretan pertama ... Mai Nak Ghebang Sikit... Hehehehe
MISSLUNA SERUM
Missluna Serum adalah serum muka bergred premium dengan effect bersinar bak berlian.
Fungsi MissLuna Serum
1.Untuk menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam di mana pelembab (moisturizer) tidak boleh menembusinya.
2.Merawat masalah jerawat , kulit kering , pori kulit yang besar serta menegangkan kulit
3.Hasilnya kulit akan menjadi flawless dan sangat lembut dengan penggunaan yang konsisten
Ketika waktu malam sebelum tido jangan lupa picit sedikit Missluna serum di hujung jari dan sapu pada wajah untuk bebaskan kulit wajah anda dari masalah jerawat dan jeragat teruk.
Rasailah perbezaannya bermula pada malam ini!
*Serum ini tidak boleh digunakan bersama produk yang mengandungi hidrokuinon dan merkuri
#Sk
#sabariahkadir
Subscribe to:
Posts (Atom)



